SangGedembai Photographic@Blogspot

SangGedembai Photographic@Blogspot
Blog ini lebih terjerumus kelembah photojournalism.. sekiranya terdapat fakta2 yang menyingung perasaan @ sebagainya.. harap mohon maaf. TQ ~Sang Gedembai.

Saturday, April 5, 2008

BPR siasat profesor Unisel didakwa tipu

BPR siasat profesor Unisel didakwa tipu

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat seorang anggota pengurusan kanan Universiti Selangor (Unisel) bergelar profesor kerana disyaki memalsukan dokumen dan tandatangan bekas Naib Canselor universiti berkenaan untuk menyambung tempoh kontrak jawatan selama dua tahun. Perbuatan pensyarah berkelulusan bidang perancangan bandar itu dikesan Bahagian Sumber Manusia Unisel yang meneliti dokumen berkenaan selepas menerima aduan berhubung perkara itu, awal tahun ini. Sumber BPR memberitahu Berita Harian, berikutan itu, BPR mendapatkan kerjasama bekas Naib Canselor universiti itu, Profesor Datuk Dr Adnan Alias yang menamatkan khidmatnya di Unisel pada Disember 2006 untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Lelaki berusia 50 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu kerana menjangka perkhidmatannya secara kontrak tidak akan disambung oleh pengganti Adnan iaitu Naib Canselor sekarang, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang memulakan tugas pada Ogos tahun lalu. “Dokumen itu menyatakan sokongan Adnan kepada lelaki berkenaan untuk menyambung kontraknya selama dua tahun lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, pelantikan jawatan pengurusan kanan seperti yang disandang lelaki berkenaan adalah tertakluk dalam bidang kuasa Naib Canselor. Bagaimanapun, Mohd Razali ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu