SangGedembai Photographic@Blogspot

SangGedembai Photographic@Blogspot
Blog ini lebih terjerumus kelembah photojournalism.. sekiranya terdapat fakta2 yang menyingung perasaan @ sebagainya.. harap mohon maaf. TQ ~Sang Gedembai.

Thursday, October 30, 2008

My Side Story 3 ~ Komuter oh Komuter

PERKHIMATAN KOMUTER YANG TIDAK KONSISTEN

Mungkin ada dikalangan korng yang bace blog ni pernah mengalami masalah yang same macam apa yang pernah aku rase.., even PakLah yang 1st time naik komuter pun boleh komplen., ni kan pulak rakyat yang tiap2 hari mengunakan kemudahan awam tu untuk ke tempat kerje @ mne2 destinasi sekali pun..


Paklah naik komuter time peak hour..

antara masalah perkhidmatan komuter yang sering terjadi..


1. Kelewatan, Tren datang tanpa mengikut jadual.
masa pic ni diambil., aku dah tunggu komuter kat Sejam lebih., bila sampai Platform., tren dah penuh mcam haper ntah. So terpaksa scrum jer la.. xkan nk tunggu lagi. Loc: Komuter Padang Jawa.


2. Penumpang berebut-rebut.
Bab berebut-rebut nak masuk ni yang aku paling sakit hati sekali., bile tren dah delay., penumpang makin ramai. bila dah ramai, almaklum la.. sume orang start berebut-rebut nak masuk., xde sistem btul KTMB ni., sometime ak rse rakyat Malaysia ni still in 3rd minded country walaupun perkhidmatan macam negara2 maju.

bukan aper., cuba bayangkan Ibubapa yang ada anak kecil naik tren, or ibu mengandung.. ataupun warga emas.. ksian tgok diorng berhimpit/bertolak sebab nak naik tren jer..


Akak ni sampai melepak atas lantai sbab tunggu tren tak sampai-sampai.. ksian.

Waktu gambar ni diambil., semua orng sedang berebut2 nak masuk, padahal orang yang kat dalam tren tu x kluar lagi.. ak sajer amik gambar ni siap ngan pasang Flash, bg diaorng patut malu dengan sikap yang pentingkan diri sendiri. loc: KL Sentral.

Apa yang Pak Lah lalui dalam masa 30 minit naik komuter tu adalah sama situasi macam ni jgak. berhimpit-himpit. klu terkena or teraba tu harap maaf la sebb dah x boleh nak buat macam ne..

bayangkan orang yang hari-hari guna perkhidmatan Komuter.., mesti fedup nak mati..


ni pun sama jgak. lokasi : Stesen Komuter Serdang. Dah tau penuh tu tunggu la.


brother botak tu (bangla kot) sedaya upaya nak masuk jugak., bongok punyer pendatang.. marah ni... hhuhu

3. Kaunter x mencukupi
Lokasi Stesen Serdang jugak.., ak bernasib baik pakai touch N go.. mcmne klu warga emas @ perempuan mengandung yg baru nak beli tiket., panjang beratur waktu tu dalam 5 meter jugak la.. tu belum lagi kire duit kne reject ngan mesin tiket.

PERUBAHAN SEKARANG KTMB KOMUTER


Waktu dlu.., kat stesen KL sentral, waktu Peak hour klu tren datang msti berebut-rebut., skrng dah nampak perubahan yg dilakukan KTMB untuk menangani masalah tersebut. Antaranya :
laluan penumpang keluar dan masuk.
penumpang beratur untuk menaiki tren. tapi bagi ak., style macam ni still x sistematik lagi. sebab orang still berebut-rebut jugak sebb tren komuter tu x btul2 berenti kat garisan yang disediakan. mungkin perkhidmatan Komuter ni cube ikut langkah yang dilakukan oleh LRT, Monorail or PUTRA. walaupun khidmat polis bantuan disediakan., namun masalah yang sama sering berlaku.
Entah la.. aku dari dlu lagi ingin luahkan perasaan ni sebab ak dah gune perkhidmatan komuter dari tahun 1998 lagi tapi masalah yang dihadapi still sama mcm dlu. masuk ni aku dah 2 kali tulis surat ngan email pada pengurusan KTMB Komuter tapi mcm xde tindakan. tak dinafikan perkhidmatan komuter cuba memberi keselesaan kpada para penumpang mcm stesen yg selesa dll.

Free AlQuds

Sekeping gambar dapat menceritakan segala-galanya..
Aman Palestine dengan kerjasama Persatuan MyReds Unisel menganjurkan kempen AMANKAN BUMI PALESTIN. Mari bersama berganding bahu membantu rakyat2 Palestin yang kini dihimpit/ dihina/dikeji oleh rezim Zionis Laknatullah.
Antara program ialah:
.
FORUM, UNISEL.., BERSAMAMU PALESTIN
31 Okt 2008
7.45 mlm-10.30 mlm
Dewan Sebaguna Unisel
.
.
Konsert Amal Palestin
8.00 mlm - 10.30 mlm
1 nov 2008
Dewan Serbaguna Unisel
.
.
Kempen ini boleh disertai dengan membeli/menderma badges berharga RM10.00. Wang yang didermakan diutamakan ke pertubuhan Aman Palestin.

Sunday, October 19, 2008

My Side Story ~ 2 (Raya)

SELAMAT HARI RAYA.
.
Warna-warni Aidifitri

semalam, (18hb. Okt 08) Unisel buat rumah terbuka (bayar RM5.00/person).. ada gak yang bising., apasal kne bayar.? tp ak bayar gak sebab kite raya setahun sekali jer., lagi pun bukan senang nak kumpul semua member2 bawah satu bumbung then makan sekali, enjoy betul. al-maklumlah sume dok sibuk buat thesis. walaupun ak xde terlibat secara langsung ngan komuniti yang menghandlekan program ni., tapi aku pun promote gak student2 pergi majlis ni..

Antara persembahan ialah tarian/jogget oleh pelajar darjah 6 dari sekolah rendah mane ntah.. tapi daerah Kelang la., nyanyian lagu raya oleh team KOIR Unisel, Cabutan bertuah, ucapan raya oleh student unisel (melalui video ~ salah satu sebab ak x kisah bayar RM5.00 pun sebab nak tgok ucapan ak sendiri ar..) dll.

Selamat Hari Raiiiyerrr (nada Upin)

antara tetamu kehormat; Dekan Fakulti Bioteknologi Sains Hayat bersama dekan Fakulti SeniReka Grafik, Pegawai HEP dan bhg. Management.


2 dara pingitan.. Kawaii-ness

makan time.. best gak lauk.. ada satay, nasi himpit, lontong, rendang, kuah kacang dll.. Maruku pun ada.. hahaha..


Menyanyi lagu rayer.. tp xde saper dengar.. sebab sume dok sibuk amik makan.. Lapoor weh..

beratur panjang,. makan punyer pasal.. haha.., 5hengget beb..


siap pelita.. peewwet.. tapi yang Artifitial Intell ar.. klu pasang yg betul2 mau semput sume orng mengidu asap pelita..


Din menang cabutan bertuah.. "Saya menang motttoo..." ~Din(sory pic terbalik)


hahaha... sampai tumpah-tumpah.. siap cover line lagi tu..

Abg. Amin ngan Akak Mira... kebetulan malam tu Birthday Amin.., so majlis ni kire celebrete 2 in 1 jgak la.. hahaha (semoga berbahagia murah rezeki + panjang umur dan cepat jodoh ~ moderator ).

yang ni bukan pelayan tetamu yek., ni la barisan penari2 dari sekolah rendah tu.. sume darjah 6., hebat betul.!!! Dasyat diorng menari.. klu dh besar ni x tau nak cakap ape ar..



hehe.. nak makan pun sempat lagi pose tu.. bon apetite. - eh..? Encik Tudung Saji Biru pun interframe gak.. hahaha

Geng-geng fakulti Bioteknologi ( intake 1/2006/2007).. tp dalam pic tu.. hanya aku ngan WanFariq jer kos Bioinformatik. (akak ngan Abang Senior ni).


Faris (kiri).. merangkap Abang MPP a.k.a Timb. Yang Dipertua 2 Majlis Perwakilan Pelajar.. ahahaha... waktu ni.. faris tgah jem.. duduk ngan VVIP Majlis. kesiian..

Sweet Escape..