Program ni name jer muzikal tapi bila dilihat balik tak lebih dari malam kebudayaan sahaja. antara yang di persembahkan adalah paluan kompang, persembahan skuad Gamelan dari MBSJ (perempuan sume), silat, deklamasi sajak, tarian majmuk antara kaum india dan melayu, pertunjukan movie detik kemerdekaan Malaya ( yang dihasilkan oleh aku sendiri..wow..!) dan persembahan drama "anakku sazali" oleh student Junior (geng2 intake Mei).
ANTARA GAMBAR CANDID
Work in Proggress
krew2 drama dan tarian
VIP yang hadir
Perjuangan belum selesai - Nora
Suka untuk aku katakan mengenai movie kemerdekaan durasi 20minit yang aku buat tu., kebanyakan hadiri dan hadirat menyaksikan movie tu hanya menonton tanpa sedikit pun menghayati. Namun, apa yang cuba aku sampaikan disini adalah lagu yang aku masukkan kat akhir movie tu. Videoklip Nora "Perjuangan Belum Selesai". bait-bait lirik lagu tu sungguh menyentuh jiwa & raga..
Dimana Silapnya....
Hari ini jalan ini,
Pasti semakin berliku,
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga,
Bagi mereka yg lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan kita belum selesai,
Kerana hanya yang cekal dan tabah,
Dapat membina mercu tanda ,
Bangsanya yang berjaya.
Kalau diikukan sejarah Melayu itu cemerlang tika mana Parameswara mula memeluk Islam, tanpa Islam, melayu tak akan kemana, aku menghayati lagu Nora dan ada bait lirik berbunyi "Dimana Silapnya ?"
Jawapanya adalah pada KONSEP PEMAHAMAN DAN PENGAMALAN ISLAM yang masih jauh dari Islam yang Syumul dan Hakiki.. itu lah Silapnya..!
Ingatlah adakah dengan "Melayu" kita boleh ke syurga ?? namun,ada sebilangan kecil yg telah menyalah gunakan apa yang telah diberikan. dan ada yg tidak tahu bersyukur dan angkuh dengan kejayaan yang dimiliki, kemana kita nak pergi, jika kita terpaksa merempat dibumi sendiri....