SangGedembai Photographic@Blogspot

SangGedembai Photographic@Blogspot
Blog ini lebih terjerumus kelembah photojournalism.. sekiranya terdapat fakta2 yang menyingung perasaan @ sebagainya.. harap mohon maaf. TQ ~Sang Gedembai.

Wednesday, August 13, 2008

Tawarikh Ceritera Perihal Hikayat Sang Gedembai

Sang Gedembai merupakan mahluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Kelembai. Sang Gedembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Gedembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Gedembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Gedembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.

Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.


Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.


Cuba perhatikan betul2.., ni adalah Si Tanggang.
Adakan ibu Si Tanggang juga merupakan keturunan
Sang Gedembai. Renung2kan dan selamat beramal.


Mungkin mamat ni pun kene sumpah ngan Sang Gedembai kot.. Entah la...




0 comments: