SangGedembai Photographic@Blogspot

SangGedembai Photographic@Blogspot
Blog ini lebih terjerumus kelembah photojournalism.. sekiranya terdapat fakta2 yang menyingung perasaan @ sebagainya.. harap mohon maaf. TQ ~Sang Gedembai.

Wednesday, September 10, 2008

Malam Merdeka Muzikal (3M)

Tangal 31 Ogos aritu genap Tanah Melayu menyambut kemerdekaan yang ke 51 tahun, berpegangkan moto "Perpaduan teras kejayaan" merupakan tema hari kebangsaan. Sebelum tu jgak.. aku dijemput GPMS cawangan Shah Alam sekali lagi untuk menjadi photographer bidang terjun untuk majlis Malam Musikal Merdeka (kalau x silap la..)..

Program ni name jer muzikal tapi bila dilihat balik tak lebih dari malam kebudayaan sahaja. antara yang di persembahkan adalah paluan kompang, persembahan skuad Gamelan dari MBSJ (perempuan sume), silat, deklamasi sajak, tarian majmuk antara kaum india dan melayu, pertunjukan movie detik kemerdekaan Malaya ( yang dihasilkan oleh aku sendiri..wow..!) dan persembahan drama "anakku sazali" oleh student Junior (geng2 intake Mei).


ANTARA GAMBAR CANDID
Persembahan gamelan.





Work in Proggress










krew2 drama dan tarian








VIP yang hadir

Perjuangan belum selesai - Nora

Suka untuk aku katakan mengenai movie kemerdekaan durasi 20minit yang aku buat tu., kebanyakan hadiri dan hadirat menyaksikan movie tu hanya menonton tanpa sedikit pun menghayati. Namun, apa yang cuba aku sampaikan disini adalah lagu yang aku masukkan kat akhir movie tu. Videoklip Nora "Perjuangan Belum Selesai". bait-bait lirik lagu tu sungguh menyentuh jiwa & raga..

antaranya sajak yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir dalam lagu tu:

Dimana Silapnya....

Hari ini jalan ini,

Pasti semakin berliku,

Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga,

Bagi mereka yg lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai,

Kerana hanya yang cekal dan tabah,

Dapat membina mercu tanda ,

Bangsanya yang berjaya.


Kalau diikukan sejarah Melayu itu cemerlang tika mana Parameswara mula memeluk Islam, tanpa Islam, melayu tak akan kemana, aku menghayati lagu Nora dan ada bait lirik berbunyi "Dimana Silapnya ?"

Jawapanya adalah pada KONSEP PEMAHAMAN DAN PENGAMALAN ISLAM yang masih jauh dari Islam yang Syumul dan Hakiki.. itu lah Silapnya..!


Ingatlah adakah dengan "Melayu" kita boleh ke syurga ?? namun,ada sebilangan kecil yg telah menyalah gunakan apa yang telah diberikan. dan ada yg tidak tahu bersyukur dan angkuh dengan kejayaan yang dimiliki, kemana kita nak pergi, jika kita terpaksa merempat dibumi sendiri....

Renung2kan.. Selamat beramal



1 comments:

Senduk patah said...

Walaupun 3M dilihat persis seperti mana-mana malam kebudayaan yang dianjurkan..hendaklah penulis memahami konsep yang hendak diketengahkan GPMS UNISEL shah alam dimana ia ingin menghidupkan lagi kebudayaan yang sememangnya adalah seni muzikal bagi bangsa kita dan bangsa yang terlibat sejak berzaman..Disamping pertunjukan cerita pendek yang dihasilkan penulis amat menyentuh sanubari saya malah membuatkan saya berfikir sejenak bersama mesej yang hendak disampaikan. Disini juga ingin saya nyatakan jika dibandingkan dengan tempoh persedian yang singkat,pengalaman yang kurang malah ahli jawatankuasa "bidang terjun" seperti yang dinyatakan penulis ..ia amat berjaya dimata saya.dan ini juga diakui oleh para penonton dan tetamu kehormat yang hadir..sekalung taniah saya ucapkan kepada penulis dan semua yang terlibat!!!