SangGedembai Photographic@Blogspot

SangGedembai Photographic@Blogspot
Blog ini lebih terjerumus kelembah photojournalism.. sekiranya terdapat fakta2 yang menyingung perasaan @ sebagainya.. harap mohon maaf. TQ ~Sang Gedembai.

Monday, January 12, 2009

My Side Story 6 - Aman Palestine




























Thursday, January 8, 2009

My Side Story 5 - Diari 2008 Salam bloggers..

Salam bloggers..


Disember 2008 merupakan bulan paling malang bagi aku, nadi utama SangGedembai telah di kidnaped (laptop ak). Al kisah ceritera bermula sebelum cuti raya haji apbila aku bli lg satu (sebb bondaku tercinta nk continue study),


tika nak pulang blik kampung (5/12/08 Jumaat)., ak terfikir tak kan nak usung 2 laptop + beg camera DSLR + beg baju lg.. naik Komuter plak tu.. so ak amik kputusan tinggal laptop lama kt umah ak jer ( Pangsapuri Baiduri.)


kat umah plak.. ak bukan main tinggal macm tu jer.. ak siap sorok dalam beg, kemudian letak celah kain baju dlm almari.


~ KRONOLOGI KEHILANGAN ~


10. 12. 2008 (RABU) 8.30pm


selepas 3 Hari Raya Haji aku balik umah (Baiduri) sebab nak siapkan pencarian journal untuk thesis ak, situasi rumah langsung x mngesyakkan tanda-tanda pecah rumah..


tapi ak pelik sebab masa masuk rumah semua pintu ngan tingkap bilik tutup kecuali bilik aku. Aku tak syak apa lg sebab mungkin lepas ak blik ada member2 tumpang tido kat bilik ak, tp bila ak bukak almari tuk amik laptop., hanya tinggal bag shaja.


lepas sedar laptop ak dh hilang.., ak terus buat report polis...



report polis - laporan Balai sek 7


10. 12. 2008 (RABU) 11.15pm
selepas buat report kat balai Sek. 7, laporan aku di forward kat IPD Shah Alam Sek. 11.,
tujuan untuk jumpe terus pegawai Siasatan Jenayah (D9). Polis siap datang rumah lepas tu untuk amik gambar.

Foto tempat kejadian (hehe.., macam CSI plak )
.
keadaan pintu masuk rumah aku., Padlock still berkunci, pintu kayu juga berkunci, takde ciri2 pecah masuk.


keadaan tombol pintu bilik aku..


tempat kejadian..

ANTARA YANG HILANG

laptop ak.. COMPAQ V3000, walaupun model lame, tp semua assignment,course projek, lab report dan macm2 lg dari sem 1 hingga sem 7 ada dlam tu., yang paling penting journal2 untuk thesis ak.. burn macam tu jer.. Laknattullah betul mambang yang panjang tangan tu..


beg Deuter Cross Air aku pun jadi mangsa., ak perasan beg ni pun hilang mase ak cari PDA aku., sebab PDA aku tu aku simpan dalam beg ni.


PDA Dopod 818pro.., semua no phone ad dlam tu hilang mcm tu jer.. ak dah xde contact sape2 dah..


Anggaran Kerugian adalah RM3000., tp klu nak dibandingkan duit ngan apa yang ada dalam laptop tu adalah tak ternilai harganya..


Walaubagaimanapun aku tidak memaafkan dan juga menghalalkan dunia akhirat pada sesiapa yang mengambilnya & ak syak ini mesti kerja Housemate aku jgak..

"Allah Maha Mengetahui sesuatu akannya..."

Tahun 2008 bersilih lalu mngantikan 2009. Menyaksikn 2008 ku penuh suka dan duka yg ditempuh keakhirnya.


Bagi aku.. penghujung tahun 2008 adalah satu dugaan besar bagi ak., lebih lagi bulan Disember., Laptop & pda aku kene curi., masalah hubungan yang x berkesudahan menambah kekusutan jiwa. Orng yg ak sayang jgk pergi tingglkn ak di minit aku amat memerlukan nya..

Mungkin ini adalah dugaan Ilahi., setiap perkara yg menimpa sesuatu mungkin ada Hikmahnya.. (walaupun Hikmahnya juga telah pergi ) . namun aku bertawakal cuma padaNya., bak epilog Ayat2 Cinta.. Allah sedang berbicara dengan kamu.. akan erti Sabar dan dugaanya.. even it so hard to take it.. because done cant be undone..


kepala ak dh botak.. ak cukur smpai darah2.. salah satu cara Nazar ku pada Ilahi ( & juga tnda protes pada insan yg terasa..).,

harap lembaran awal Muharam membawa perubahan pada diri ini dan juga rakan2 ak..

InsyaAllah.... AllahuAkbar..



~SAFE PALESTINE~







Tuesday, December 30, 2008

My Side Story 4 - PizzaHut

Pizza Hut

Salam Bloggers.., lame sungguh aku x mengUPDATEkan ruangan SangGedembai., Tanggal 15hb. Disember 2008 (Isnin) merupakan hari pertama ak berkerja Part time Job kat PizzaHut Bukit Raja (Jusco Klang).

aku in uniform

Aku kt Store (panggilan untuk restaurant) ditugaskan sebagai Service Person (yakni orang yang amik order kat meja) pening jgak 1st time masuk dah kne hafal sume menu..


AllStar (FloorManager) sir Shanker, ni la orang yang menginterviu ak., ekspress btul, isi borang ari Rabu, Isnin depan dah masuk kerje..hehe., TQ sir.

Candid Photojournalism

staff Kitchen yg Always Algojo Never Die..

Wan ngah Closing, cuci tray Pan Pizza.

Staff Overseas.. huyoo.. tp kanan tu orng M'sia

ngah closing kt bar atas..


Sebelum ni aku pun pernah buat part time job kat fastfood restaurant lain., cara servis hospitaliti lebih kurang jer.,

Thursday, October 30, 2008

My Side Story 3 ~ Komuter oh Komuter

PERKHIMATAN KOMUTER YANG TIDAK KONSISTEN

Mungkin ada dikalangan korng yang bace blog ni pernah mengalami masalah yang same macam apa yang pernah aku rase.., even PakLah yang 1st time naik komuter pun boleh komplen., ni kan pulak rakyat yang tiap2 hari mengunakan kemudahan awam tu untuk ke tempat kerje @ mne2 destinasi sekali pun..


Paklah naik komuter time peak hour..

antara masalah perkhidmatan komuter yang sering terjadi..


1. Kelewatan, Tren datang tanpa mengikut jadual.
masa pic ni diambil., aku dah tunggu komuter kat Sejam lebih., bila sampai Platform., tren dah penuh mcam haper ntah. So terpaksa scrum jer la.. xkan nk tunggu lagi. Loc: Komuter Padang Jawa.


2. Penumpang berebut-rebut.
Bab berebut-rebut nak masuk ni yang aku paling sakit hati sekali., bile tren dah delay., penumpang makin ramai. bila dah ramai, almaklum la.. sume orang start berebut-rebut nak masuk., xde sistem btul KTMB ni., sometime ak rse rakyat Malaysia ni still in 3rd minded country walaupun perkhidmatan macam negara2 maju.

bukan aper., cuba bayangkan Ibubapa yang ada anak kecil naik tren, or ibu mengandung.. ataupun warga emas.. ksian tgok diorng berhimpit/bertolak sebab nak naik tren jer..


Akak ni sampai melepak atas lantai sbab tunggu tren tak sampai-sampai.. ksian.

Waktu gambar ni diambil., semua orng sedang berebut2 nak masuk, padahal orang yang kat dalam tren tu x kluar lagi.. ak sajer amik gambar ni siap ngan pasang Flash, bg diaorng patut malu dengan sikap yang pentingkan diri sendiri. loc: KL Sentral.

Apa yang Pak Lah lalui dalam masa 30 minit naik komuter tu adalah sama situasi macam ni jgak. berhimpit-himpit. klu terkena or teraba tu harap maaf la sebb dah x boleh nak buat macam ne..

bayangkan orang yang hari-hari guna perkhidmatan Komuter.., mesti fedup nak mati..


ni pun sama jgak. lokasi : Stesen Komuter Serdang. Dah tau penuh tu tunggu la.


brother botak tu (bangla kot) sedaya upaya nak masuk jugak., bongok punyer pendatang.. marah ni... hhuhu

3. Kaunter x mencukupi
Lokasi Stesen Serdang jugak.., ak bernasib baik pakai touch N go.. mcmne klu warga emas @ perempuan mengandung yg baru nak beli tiket., panjang beratur waktu tu dalam 5 meter jugak la.. tu belum lagi kire duit kne reject ngan mesin tiket.

PERUBAHAN SEKARANG KTMB KOMUTER


Waktu dlu.., kat stesen KL sentral, waktu Peak hour klu tren datang msti berebut-rebut., skrng dah nampak perubahan yg dilakukan KTMB untuk menangani masalah tersebut. Antaranya :
laluan penumpang keluar dan masuk.
penumpang beratur untuk menaiki tren. tapi bagi ak., style macam ni still x sistematik lagi. sebab orang still berebut-rebut jugak sebb tren komuter tu x btul2 berenti kat garisan yang disediakan. mungkin perkhidmatan Komuter ni cube ikut langkah yang dilakukan oleh LRT, Monorail or PUTRA. walaupun khidmat polis bantuan disediakan., namun masalah yang sama sering berlaku.
Entah la.. aku dari dlu lagi ingin luahkan perasaan ni sebab ak dah gune perkhidmatan komuter dari tahun 1998 lagi tapi masalah yang dihadapi still sama mcm dlu. masuk ni aku dah 2 kali tulis surat ngan email pada pengurusan KTMB Komuter tapi mcm xde tindakan. tak dinafikan perkhidmatan komuter cuba memberi keselesaan kpada para penumpang mcm stesen yg selesa dll.

Free AlQuds

Sekeping gambar dapat menceritakan segala-galanya..
Aman Palestine dengan kerjasama Persatuan MyReds Unisel menganjurkan kempen AMANKAN BUMI PALESTIN. Mari bersama berganding bahu membantu rakyat2 Palestin yang kini dihimpit/ dihina/dikeji oleh rezim Zionis Laknatullah.
Antara program ialah:
.
FORUM, UNISEL.., BERSAMAMU PALESTIN
31 Okt 2008
7.45 mlm-10.30 mlm
Dewan Sebaguna Unisel
.
.
Konsert Amal Palestin
8.00 mlm - 10.30 mlm
1 nov 2008
Dewan Serbaguna Unisel
.
.
Kempen ini boleh disertai dengan membeli/menderma badges berharga RM10.00. Wang yang didermakan diutamakan ke pertubuhan Aman Palestin.

Sunday, October 19, 2008

My Side Story ~ 2 (Raya)

SELAMAT HARI RAYA.
.
Warna-warni Aidifitri

semalam, (18hb. Okt 08) Unisel buat rumah terbuka (bayar RM5.00/person).. ada gak yang bising., apasal kne bayar.? tp ak bayar gak sebab kite raya setahun sekali jer., lagi pun bukan senang nak kumpul semua member2 bawah satu bumbung then makan sekali, enjoy betul. al-maklumlah sume dok sibuk buat thesis. walaupun ak xde terlibat secara langsung ngan komuniti yang menghandlekan program ni., tapi aku pun promote gak student2 pergi majlis ni..

Antara persembahan ialah tarian/jogget oleh pelajar darjah 6 dari sekolah rendah mane ntah.. tapi daerah Kelang la., nyanyian lagu raya oleh team KOIR Unisel, Cabutan bertuah, ucapan raya oleh student unisel (melalui video ~ salah satu sebab ak x kisah bayar RM5.00 pun sebab nak tgok ucapan ak sendiri ar..) dll.

Selamat Hari Raiiiyerrr (nada Upin)

antara tetamu kehormat; Dekan Fakulti Bioteknologi Sains Hayat bersama dekan Fakulti SeniReka Grafik, Pegawai HEP dan bhg. Management.


2 dara pingitan.. Kawaii-ness

makan time.. best gak lauk.. ada satay, nasi himpit, lontong, rendang, kuah kacang dll.. Maruku pun ada.. hahaha..


Menyanyi lagu rayer.. tp xde saper dengar.. sebab sume dok sibuk amik makan.. Lapoor weh..

beratur panjang,. makan punyer pasal.. haha.., 5hengget beb..


siap pelita.. peewwet.. tapi yang Artifitial Intell ar.. klu pasang yg betul2 mau semput sume orng mengidu asap pelita..


Din menang cabutan bertuah.. "Saya menang motttoo..." ~Din(sory pic terbalik)


hahaha... sampai tumpah-tumpah.. siap cover line lagi tu..

Abg. Amin ngan Akak Mira... kebetulan malam tu Birthday Amin.., so majlis ni kire celebrete 2 in 1 jgak la.. hahaha (semoga berbahagia murah rezeki + panjang umur dan cepat jodoh ~ moderator ).

yang ni bukan pelayan tetamu yek., ni la barisan penari2 dari sekolah rendah tu.. sume darjah 6., hebat betul.!!! Dasyat diorng menari.. klu dh besar ni x tau nak cakap ape ar..



hehe.. nak makan pun sempat lagi pose tu.. bon apetite. - eh..? Encik Tudung Saji Biru pun interframe gak.. hahaha

Geng-geng fakulti Bioteknologi ( intake 1/2006/2007).. tp dalam pic tu.. hanya aku ngan WanFariq jer kos Bioinformatik. (akak ngan Abang Senior ni).


Faris (kiri).. merangkap Abang MPP a.k.a Timb. Yang Dipertua 2 Majlis Perwakilan Pelajar.. ahahaha... waktu ni.. faris tgah jem.. duduk ngan VVIP Majlis. kesiian..

Sweet Escape..

Wednesday, September 10, 2008

Malam Merdeka Muzikal (3M)

Tangal 31 Ogos aritu genap Tanah Melayu menyambut kemerdekaan yang ke 51 tahun, berpegangkan moto "Perpaduan teras kejayaan" merupakan tema hari kebangsaan. Sebelum tu jgak.. aku dijemput GPMS cawangan Shah Alam sekali lagi untuk menjadi photographer bidang terjun untuk majlis Malam Musikal Merdeka (kalau x silap la..)..

Program ni name jer muzikal tapi bila dilihat balik tak lebih dari malam kebudayaan sahaja. antara yang di persembahkan adalah paluan kompang, persembahan skuad Gamelan dari MBSJ (perempuan sume), silat, deklamasi sajak, tarian majmuk antara kaum india dan melayu, pertunjukan movie detik kemerdekaan Malaya ( yang dihasilkan oleh aku sendiri..wow..!) dan persembahan drama "anakku sazali" oleh student Junior (geng2 intake Mei).


ANTARA GAMBAR CANDID
Persembahan gamelan.





Work in Proggress










krew2 drama dan tarian








VIP yang hadir

Perjuangan belum selesai - Nora

Suka untuk aku katakan mengenai movie kemerdekaan durasi 20minit yang aku buat tu., kebanyakan hadiri dan hadirat menyaksikan movie tu hanya menonton tanpa sedikit pun menghayati. Namun, apa yang cuba aku sampaikan disini adalah lagu yang aku masukkan kat akhir movie tu. Videoklip Nora "Perjuangan Belum Selesai". bait-bait lirik lagu tu sungguh menyentuh jiwa & raga..

antaranya sajak yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir dalam lagu tu:

Dimana Silapnya....

Hari ini jalan ini,

Pasti semakin berliku,

Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga,

Bagi mereka yg lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai,

Kerana hanya yang cekal dan tabah,

Dapat membina mercu tanda ,

Bangsanya yang berjaya.


Kalau diikukan sejarah Melayu itu cemerlang tika mana Parameswara mula memeluk Islam, tanpa Islam, melayu tak akan kemana, aku menghayati lagu Nora dan ada bait lirik berbunyi "Dimana Silapnya ?"

Jawapanya adalah pada KONSEP PEMAHAMAN DAN PENGAMALAN ISLAM yang masih jauh dari Islam yang Syumul dan Hakiki.. itu lah Silapnya..!


Ingatlah adakah dengan "Melayu" kita boleh ke syurga ?? namun,ada sebilangan kecil yg telah menyalah gunakan apa yang telah diberikan. dan ada yg tidak tahu bersyukur dan angkuh dengan kejayaan yang dimiliki, kemana kita nak pergi, jika kita terpaksa merempat dibumi sendiri....

Renung2kan.. Selamat beramal