SangGedembai Photographic@Blogspot

SangGedembai Photographic@Blogspot
Blog ini lebih terjerumus kelembah photojournalism.. sekiranya terdapat fakta2 yang menyingung perasaan @ sebagainya.. harap mohon maaf. TQ ~Sang Gedembai.

Monday, March 16, 2009

My Side Story 8 - sebabkan Aedes., Denggi dapat nama, Masrin Merana..

Tanggal 16 Mac 09., kitaorang berpakat tuk lawat Masrin kat Hospital KPJ sek.20.
Suspek demam denggi. Ksian jgak., kne tahan wad seminggu., sebab stiap kali check darah., number platlet makin jatuh.. keadaan dia lemah betul, nasib baik ada Yana., atleast ada juga penjaga.. haha

doa kan kesejaheraan member.. haha

baju belang : wak Zul., Bju merah : Aku., bju belang : Wan Fa., yang baring pakai selimut: Masrin, mangsa kejadian., kirinya: Yana., bakal isteri tercinta (",)., kanan sekali: Syamil, Driver. juru kamera : Azmi.(tiada dalam gmbar.. kat bawah ada lh..)



Perihal Denggi Di Malaysia.



Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina (nyamuk tu berkenan kat Masrin kot..,haha). Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.



Puan nyamuk Aedes Aegypti by micro lens 50mm


Tanda & Gejala (Simtom)


Demam mengejut, + sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. (penyakit menggatal x termasuk..).



Rawatan



Digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. (Sebab., platelet darah akan kurang., air akan menambah bilangan platlet.)


p/s:
tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.



more info :
http://www.moh.gov.my/static/PressReleaseMg7_2009.pdf (SILA BACA..!!!)
http://www.moh.gov.my/MohPortal/index.jsp
http://en.wikipedia.org/wiki/Aedes
http://en.wikipedia.org/wiki/Denggi

0 comments: