salam Bloggers... akhirnya My Side Story sudah memcapai edisi yang ke-20., My Side Story ni merupakan rentetan/catatan ringkas perkara menarik yang aku lalui yg cuba aku ketengahkn.. berkenaan idea., situasi., luahan perasaan dan lain2 lagi..
Untuk edisi ke 20 (mungkin untuk kebeberapa edisi yang akan datang) ni.., cuba aku ceritakan pengalaman aku ketika menjalani Latihan Industri di Zoo Taiping & Night Safari.
PENGEMBARAAN BERMULA
LI (Latihan Industri) aku start 11.5.09 (Isnin)., 3bulan jer.. memula waktu masuk ofis tu segan jgak.. Al-maklumlah orang baru.. sorang2 plak tu.. Supervisor aku, Mdam Mazwin (pic upload nnti..) baik betul dia.. Task aku kat sini ialah menyiapkan Signage (papantanda) tag untuk setiap kandang pameran.. (dh macm budak Art, main2 ngan photoshop & illustrator...) selain dari tu.., aku pun melakukan kerja2 outdoor.., macam kerja2 pebersihan kandang., meyediakan makanan untuk haiwan & melakukan In-situ observation (macam pelajar Zoologi dah..).
.
pic of the day
.
.
suasana dalam ofis/ pejabat pengurusan Zoo Taiping, meja aku kat belakang sekali.
bila hari ketiga., aku ditugaskan bersama Mr. Mani (Zoo Keeper) untuk kerja2 menguruskan (bukan mengkuruskan) orang utan. nama orang utan ni Wasabi, manja gila.. boleh main2 lagi.. tu yang bestnyer praktikal kat zoo., boleh main2 ngan haiwan2 kat sini., siap bagi makan lagi.
.
yang ni student USM buat LI, sedang bermain-main ngan Wasabi... 3 orang diorang ni amik Zoologi, kira ada kene mengena jgak la.. tpi aku Bioinformatik., mcam pelik sikit jer buat praktikal kat zoo.. haha
.
P/S: NanTaro berminat nak jadi Zoologi+bioinformatik., nak kaji Nyamuk., ubah Genetik Nyamuk biar x isap darah., isap madu jer.. haha
0 comments:
Post a Comment